Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
 
 

Imbuhan Penerbitan / Imbuhan Pingat Kecemerlangan

• Syarat & Peraturan
• Borang Permohonan Imbuhan Penerbitan
Borang Permohonan Pingat Kecemerlangan



 
 
•  Sukacita dimaklumkan Permohonan Imbuhan Penerbitan dan Pingat Kecemerlangan bagi tahun 2011, dibuka mulai 22 Januari hingga 29 Februari 2012.
 
•  Maklumat lanjut seperti syarat dan peraturan umum, borang permohonan imbuhan penerbitan serta borang permohonan imbuhan pingat kecemerlangan boleh dimuat turun daripada pautan diatas. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke pejabat PPPI sebelum @ pada 29 Februari 2012 (Rabu) jam 4.00 petang.
 

 
Hari Ini38
Semalam84
Minggu Ini575
Minggu Lepas625
Bulan Ini2494
Bulan Lepas2462
Semua Hari30803

Atas Talian (20 minit): 3
IP Anda: 38.107.179.208
,
Hari Ini: Jan 28, 2012
PECIPTA 2011

UniSZA telah menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2011) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 13-15 September 2011. Pameran ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dihoskan oleh Universiti Teknologi MARA, ia bertujuan untuk mempamerkan pelbagai produk, ciptaan dan inovasi daripada institusi-institusi pengajian di Malaysia dan luar negara disamping mengatur peluang dan rangkaian untuk penyelidik dan pencipta.

 

Baca lagi...
 
Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia ke-21

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI) merupakan pengelola diperingkat UniSZA yang telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Institut Pengajian Tinggi Awam Malaysia ke-21 yang diadakan pada 30 Jun 2011 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu dan dipengerusikan oleh Profesor Asma binti Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Sains Malaysia.

Bagi meraikan delegasi mesyuarat, satu majlis makan malam telah diadakan di Puncak Gamelan, Tingkat 12 di hotel berkenaan. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UniSZA, Profesor Prof. Dr. Abdul Manaf bin Ali telah memberi ucapan mewakili Dato’ Naib Canselor dan Pengurusan Tertinggi UniSZA bagi mengalu-alukan tetamu yang hadir di samping memberi penerangan tentang UniSZA.

 


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar

 
Cradle Discovery Clinic

KUALA TERENGGANU, 20 April 2011 – Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Cradle Discovery Clinic yang berlangsung pada 18-19hb April 2011.

Program selama dua hari itu telah melibatkan seramai 30 pensyarah/penyelidik UniSZA dari pelbagai fakulti yang dirasmikan oleh Ybrs. Prof. Madya Dr. Mohamed Senawi Mohamed Tamin, Pengarah PPPI, UniSZA.

Baca lagi...
 

Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun'.
( Riwayat Abu daud )

'Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri'.
(Riwayat Abu Syeikh)

Jabatan Bendahari
Pepustakaan UniSZA
Unit Falak UniSZA
Webmail Kakitangan
Portal kakitangan UniSZA
   
 

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (Center for Research and Innovation UniSZA) Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Tel: 09-6664466 ext (3617) Fax:09-6673896

Resolusi paparan terbaik bagi laman web ini adalah 1024*768 menggunakan Mozilla Firefox 3 dan Internet Explorer 8.